Sabtu, 18 Disember 2010

kenduri di kampung! Apa bezanya?


Zaman mmg dah banyak yang berubah..generasi pun berubah..tapi elemen2 asal KAMPUNG ni tetap masih lagi dipraktikkan di sebahagian besar kampung di utara Malaysia ni..haaa! ini yang spesial nya..aku bole kongsi dgn hangpa semua..tengok, amalan tolong menolong di rumah kenduri..di kampung, kita ada amalan pakatan kenduri..apa2 kenduri, kita sama2 mesyuarat, kumpul duit dana, bahagi tugas seminggu sebelum majlis kenduri then 1 hari sebelum kenduri..ramai2 pakat mai tolong tuan umah..

Kaum wanita pakat ramai2..mai tolong kupas bawang, halia, POTONG CABAI, BLEND..apa2 ja la bhn yg perlu disiapkan awai..depa akan buat sama2..bahagi tugas..sama jugak kerja pada hari kenduri..walaupun kaum hawa ni kena mai buat kerja di rumah kenduri..baju kurung tak menghalang..tgk tuuu..gmbr kat atas..tu tgh basuh daging tu haaaahaha..eh, tapi ni sume makcik2..mn geng2 ank dara..tak tolong ker?! haaaa...

Geng laki2 macam besa..naik lori dan bawa khemah, kerusi, meja ke umah kenduri..pastu sama2 pasang khemah..minum kopi sebagai jamuan kecil tuan umh mesti ada punya!
tu ketua bg arahan..hahaa! Lelaki biasanya golongan emas @ berpengalaman @  bapa2 ditugaskan untuk kerja2  mengangkat periuk besar lauk..masak nasi atau kukus nasi..melapah daging, potong2 tulang tu, dirikan khemah..biasanya golongan pemuda pulak (remaja2 kita pun apa kurangnya, pandai jgk buat kerja ;p) ms ari kenduri depa selalunya tolong di bhgn basuh pinggan, bancuh air..angkat lauk pauk, nasi, lap meja hehe..yg bapa2/senior akan bg arahan dan support kerja ms  majlis kenduri..
HAAAA..AMAcam?! best kan..inilah amalan yg ada di kampung..
 ini masa sesi melapah dan memotong daging lembu..kepala lembu pun ada lagi tu..nampak tanduk lembu dak..hehe..(kalau aku x bole la..aku cukup kesian tgk lembu kna sembelih..inikan nk lapah dia ooooooo)
 ha tgk tu..golongan yang mengambil bahagian ms sesi ni slalunya 30 ke atas...
 ini pulak sesi masak memasak..ms ni la resipi turun temurun digunakan..tu yg tgh kacau lauk tu antara tukang masak berpengalaman..(bayangkan suatu ari nnti, adakah akan berkekalan amalan yg best mcm ni?!)

ini pulak geng remaja yang menolong di bahagian deejay!! tu towel apsal belit kat leheq? (leher) hehehe..tu untuk lap peluh..tuala good morning atau seangkatan dgnnya pasti akan dibekalkan oleh tuan rumah untuk semua penduduk yang mai buat kerja..biasanya ada yang lilit kat kepala la, leher la...pinggang, kat perut boyot pun ada tau..



 comelnya kan?! tgk..ini anak2 kecil pun dah pandai menolong..bhgn basuh gelas nie..tu towel ada terselit kat leheq tu..ini sepupu2 ku..hidayah, syazwan..n tu x nmpak mukonya eh..
 bahagian basuh pinggan ni..
 okey..ini bahagian menyediakan ayaq..order la hehe..biasanya yg order ayaq nie..tuan umah la..tu haaa tgk tu..kakak iparku dan anaknya..tg order ayaq la..kalau tetamu kenduri tak order da..depa minum jaaa ayaq yang orang sediakan tu ..kalu sirap, sirap la..kalu oren..oren la..jgn nk ngada yer! upsss hehe..sori..tp mmg betul pun kan..ha ini remaja lelaki bertugas di bahagian ini..
 ini..tuan rumah..abah ku..ahmad bin awang..ms ini masih lg JKKK Kg Bendang Baru..tu yg berjubah dan berkopiah dan ada riben di baju.. ms nie, abah da sakit.kanser lidah tahap 2..tapi dia cover..majlis tetap majlis..dia msti ceria..dan KuaT! i salute u abah! muah! love u so much!..forever, u will always inspired me..
 bhgn penyambut tetamu..
bahagian perempuan..ini rsnya tg menyediakan hidangan untuk santapan pengantin jap g..







 banner..pengantin..selamat datang semua tetamu..
 tokwan..dah jd arwah..
 pengantin berjumpa dengan penduduk kg yg bertungkus lumus menjayakan majlis..kita kenala menghargai mereka kan..tanpa mereka..siapaalah kita..
 bersalaman dengan ayah..
 inilah pengantin..hehe..tanggal 22 dan 23 disember 2007..kami telah mengadakan kenduri..selamat diijabkabulkan pada 3 disember 2007..jam 5 petang, dengan sekali lafaz..sah!..diwalikan oleh abahku tersayang..dan 2 hari lagi..cukup 3 tahun keseluruhan acara gilang gemilang ini..
terima kasih untuk semua yang banyak membantu..syukran jaziilan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan