
PESANAN IBU KEPADA ANAKNYA...
"Pesanan Asma' binti Kharijah Fazari kepada anak gadisnya pada hari perkahwinan anaknya itu
"Hai, anakku. kini engkau telah keluar dari sarang yang dahulu adalah tempat engkau dilahirkan sehingga menjadi besar.
Kini engkau akan beralih ke suatu hamparan dan kediaman yang belum
engkau kenali. Dan engkau harus berkawan pula dengan seseorang yang
belum engkau kenali.
Itulah suami mu. Jadilah engkau tanahuntuknya
dan dia akan menjadi langit untukmu. Jadilah engkau sebagai lantai
untuknya dan dia akan menjadikan engkau tiang sebagai tiangnya....
Janganlah membebaninya dengan pelbagai kesukaran sebab itu akan menyebabkan dia meninggalkanmu.
Janganlah engkau terlalu jauh darinya agar dia tidak melupaimu. Tetapi
kalau dia mendekatimu dekatilah ia; dan sekiranya dia agak menjauhimu
jauhilah dia dengan baik.
Peliharalah suamimu itu dengan sungguh-sungguh. Hidungnya, pendengarannya, matanya..dan lain-lain.
Janagan biarkan suamimu mencium sesuatu yang yang tidak enak darimu kecuali yang harum-harum belaka. Jangan pula dia mendengar sesuatu kecuali yang enak-enak sahaja dan jangan biarkan dia melihat sesuatu kecuali sesuatu yang INDAH darimu"
PESANAN INI DIBAWAKAN KHAS OLEH PREMIUM BEAUTIFUL BY SAIMMA :)
renungan untuk kita semua..wanita2 untuk suami..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan